Tuesday 4 June 2013

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan

BRIG JEN DATO’ PAHLAWAN MIOR SAFIAN BIN SAIDIN
DPTS PAT JSM PCM KAT KMN ACM PJM PNBB (Iraq-Kuwait) UN Medal (UNIKOM) Dip Mgt Se (INTAN) mpat psc

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan
Tingkat 9, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur
___________________________________________________________
Tel: 0320712506     Fax:0326918982       E-mail: miorsafian@mod.gov.my

OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP)

  • Menjadi sebuah agensi pelaksanaan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur di dalam ATM,  menyelenggara bangunan-bangunan dibawah BPKP dan bertanggungjawab mendaftar, menjaga dan memastikan aset ATM terpelihara dan direkodkan dengan baik

PERANAN UTAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP)

  • Mengurus keperluan perumahan, bangunan teknikal dan infrastruktur ATM
  • Mengurus, Menyelenggara bangunan infrastruktur dan kemudahan kem-kem yang dipertanggungjawabkan
  • Bertanggungjawab untuk mendevenasikan menjaga dan memastikan aset-aset ATM berbentuk harta kekal terpelihara dan direkodkan dengan baik

FUNGSI BPKP (BPKP)

  • Membina perumahan, menyelenggara kem, fasilitas dan infrastruktur kepunyaan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Menguruskan hal tanah harta dan perumahan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Menggubal dasar berkenaan semua aspek perumahan, fasilitas dan infrastruktur yang berkaitan untuk ATM.
  • Menggubal rancangan pembinaan perumahan ATM untuk program jangka pendek dan jangka panjang. Rancangan ini dibuat bersama dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
  • Membuat perkiraan kewangan untuk semua anggaran projek pembangunan, urusan kerja dan senggaraan sahaja bagi keperluan kontrak  bersama KEMENTAH.
  • Melantik penasihat-penasihat teknikal kepada jawatankuasa-jawatankuasa, agensi, jabatan dan badan-badan yang ditubuhkan dari masa ke semasa.
  • Membuat perancangan, pengawalan dan penyelarasan projek pembinaan dalam ATM.
  • Menguruskan pelaksanaan pembinaan projek perumahan ATM, urusan kerja dan senggaraan bagi unit penyelanggaraan di bawah kontrak bersama.
  • Melaksanakan kerja-kerja ukur tanah untuk projek-projek pembinaan ATM

ORGANISASI BPKP

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan

LEFTENAN JENERAL DATO' PAHLAWAN (DR) HJ ABD RAZAK BIN MD YUSOFF
PSAT DSAP DPTS DPMS PAT JMN KAT KMN MD (UKM) M.Med O&G (Mal) MBA (UKM)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
Kementeria PertahananTingkat 15
Bangunan Menara Park
Megan Avenue II
Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

_____________________________________________________
Tel: 0321753001     Fax:0321629686       E-mail: abdrazak@mod.gov.my

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA

Objektif utama Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera adalah untuk memelihara kekuatan tempur Angkatan Tentera Malaysia.

PERANAN UTAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pergigian yang komprehensif kepada seluruh anggota ATM dan keluarga mereka.
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan di medan yang cekap kepada pasukan ATM.
  • Melaksana perancangan pengurusan dan latihan ke atas sumber tenaga manusia KKD khasnya dan ATM amnya.
  • Membantu dan menyokong semua aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Kerajaan.
  • Bekerjasama di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bersama lain-lain agensi kesihatan.

FUNGSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

  • Menilai masalah serta bahaya dari segi perubatan dan pergigian. Seterusnya memberi nasihat bersesuaian kepada pemerintah di semua peringkat ke atas langkah-langkah yang perlu dilaksanakan demi memelihara dan meningkatkan kesihatan anggota tentera serta melindungi mereka dari ancaman penyakit.
  • Menyediakan kemudahan untuk penjagaan dan perawatan anggota yang sakit dan cedera.
  • Melaksanakan pengumpulan, perawatan, pemindahan dan pemulihan kasualti.
  • Memberi latihan kepada anggota KKD dan mengawasi latihan semua anggota ATM dalam perkara-perkara kesihatan persendirian, kesihatan ketenteraan, pertolongan cemas dan kesihatan pergigian.
  • Menentukan bekalan dan ulangbekal ubat-ubatan, peralatan, bekalan perubatan dan pergigian serta keperluan logistik kesihatan yang lain di tahap yang optima.

ORGANISASI BPK

  • BPK adalah satu dari sembilan Bahagian di bawah struktur organisasi Markas ATM.  Bahagian ini mempunyai susun galur perjawatan, pentadbiran dan pemerintahan yang berbeza daripada unit-unit lazim di bawah Markas Formasi Perkhidmatan yang lain, contohnya unit-unit di bawah Markas-Markas Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Markas Angkatan Bersama (MAB). BPK dipertanggungjawabkan oleh ATM bagi mengurus PKAT.  PKAT merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan perkhidmatan kesihatan bagi seluruh warga tentera dan keluarga merangkumi perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM. Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, PKAT dilengkapkan dengan sebuah :
  • Depot Perubatan dan Pergigian
  • 3 buah Hospital Angkatan Tentera (HAT)
  • Sebuah Hospital Tentera Darat (HTD)
  • 18 unit Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT)
  • 10 unit Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT)
  • 32 unit Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT)
  • 37 Pusat Perubatan Rejimen
  • 2 unit Batalion Perubatan (Bn Ubat)
  • Sebuah Kompeni Perubatan Para (KPP)
  • Sebuah unit Kompeni Perubatan Grup Gerak Khas
  • Sekolah Kor Perubatan dan Pergigian yang kini dikenali sebagai Institut Latihan Kesihatan (INSAN)
  • Institut Perubatan Penerbangan (IPP)
  • Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik (IPBAH).

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera

Bidang Tugas

  • Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  • Bertindak sebagai ‘liason’ dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  • Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  • Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  • Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  • Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Hal Ehwal Awam

Peranan

Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan interaksi antara ATM dengan masyarakat awam termasuk menyampaikan penerangan dan penyebaran maklumat dengan tepat, menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan melaksanakan program-program publisiti bagi meningkatkan imej ATM.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab membuat liputan media bagi aktiviti-aktiviti rasmi Panglima Angkatan tentera dan Bahagian-bahagian di bawah Markas ATM dengan mengkoordinasikan keperluan dengan pihak Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan.
  • Mengkoordinasikan keperluan program-program publisiti dan promosi bagi meningkatkan imej ATM.
  • Menguruskan liputan berdasarkan kepentingan dan keperluan aktiviti latihan, sosial, keagamaan dan kebudayaan di Markas ATM.
  • Bertanggungjawab menyampaikan penerangan berkaitan dasar dan aktiviti Markas ATM kepada warga tentera dan masyarakat awam.
  • Bertanggungjawab dalam menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan mesra antara anggota tentera dan masyarakat awam.

Bahagian Perancangan Pertahanan

Peranan dan Tanggungjawab

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan

VISI

Menjadi organisasi komunikasi dan elektronik pertahanan yang unggul.

MISI

Mengurus sistem komunikasi dan elektronik pertahanan ATM.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan utama Bahagian KOMLEK adalah memberi kemudahan komunikasi pertahanan termasuk penghantaran surat/utusan ATM secara efektif dan efisien. Di samping menyelaras hal-hal komunikasi dan elektronik pertahanan, Bahagian ini juga bertanggungjawab ke atas keperluan pengkomputeran dan pengurusan maklumat di Markas ATM, pengurusan aspek peperangan elektronik dan peperangan siber dalam situasi aman, darurat atau peperangan. Ianya juga meliputi penyediaan dan pengurusan semua kemudahan telekomunikasi dan ibusawat telefon ATM. Dengan tertubuhnya MK AB pada 1 Jul 07, tanggungjawab keperluan perancangan dan pelaksanaan komunikasi operasi dan eksesais untuk MK ATM telah dipindahkan kepada staf J6, MK AB. Sungguhpun, demikian penyediaan aset dan kemudahan komunikasi yang diperlukan oleh MK AB masih lagi di bawah tanggungjawab Bahagian KOMLEK.

Bahagian Logistik Pertahanan

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang, pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan (AKS LP) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai 4 Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut: Cawangan Dasar Logistik. Peranan utama Cawangan Dasar merangkumi tanggungjawab dalam usaha penggubalan dan mengkaji semula dasar-dasar logistik di dalam ketiga-tiga Perkhidmatan yang meliputi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material dan peralatan, kejuruteraan, bekalan dan lain-lain perkhidmatan bantuan logistik. Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik. Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit tiga khidmat di bawahnya. Tim Sistem Komputer Logistik. Tim ini berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran di bidang logistik dan menganjurkan kursus-kursus berkaitan denganIntegrated Logistics Support(ILS) untuk ketiga-tiga Perkhidmatan. Tim Projek Simpanan Petroleum. Tim ini berfungsi untuk menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS dalam melaksanakan cadangan tumpangan stok simpanan bahan api ATM semasa aman atau semasa darurat serta merealisasikan cadangan penubuhan Rejimen Pakar Petroleum (AW).