Tuesday 4 June 2013

Bahagian Logistik Pertahanan

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang, pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan (AKS LP) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai 4 Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut: Cawangan Dasar Logistik. Peranan utama Cawangan Dasar merangkumi tanggungjawab dalam usaha penggubalan dan mengkaji semula dasar-dasar logistik di dalam ketiga-tiga Perkhidmatan yang meliputi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material dan peralatan, kejuruteraan, bekalan dan lain-lain perkhidmatan bantuan logistik. Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik. Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit tiga khidmat di bawahnya. Tim Sistem Komputer Logistik. Tim ini berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran di bidang logistik dan menganjurkan kursus-kursus berkaitan denganIntegrated Logistics Support(ILS) untuk ketiga-tiga Perkhidmatan. Tim Projek Simpanan Petroleum. Tim ini berfungsi untuk menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS dalam melaksanakan cadangan tumpangan stok simpanan bahan api ATM semasa aman atau semasa darurat serta merealisasikan cadangan penubuhan Rejimen Pakar Petroleum (AW).

No comments:

Post a Comment