Peranan
Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan interaksi antara ATM dengan masyarakat awam termasuk menyampaikan penerangan dan penyebaran maklumat dengan tepat, menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan melaksanakan program-program publisiti bagi meningkatkan imej ATM.
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab membuat liputan media bagi aktiviti-aktiviti rasmi Panglima Angkatan tentera dan Bahagian-bahagian di bawah Markas ATM dengan mengkoordinasikan keperluan dengan pihak Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan.
- Mengkoordinasikan keperluan program-program publisiti dan promosi bagi meningkatkan imej ATM.
- Menguruskan liputan berdasarkan kepentingan dan keperluan aktiviti latihan, sosial, keagamaan dan kebudayaan di Markas ATM.
- Bertanggungjawab menyampaikan penerangan berkaitan dasar dan aktiviti Markas ATM kepada warga tentera dan masyarakat awam.
- Bertanggungjawab dalam menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan mesra antara anggota tentera dan masyarakat awam.
No comments:
Post a Comment