Tuesday 4 June 2013

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan

BRIG JEN DATO’ PAHLAWAN MIOR SAFIAN BIN SAIDIN
DPTS PAT JSM PCM KAT KMN ACM PJM PNBB (Iraq-Kuwait) UN Medal (UNIKOM) Dip Mgt Se (INTAN) mpat psc

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan
Tingkat 9, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur
___________________________________________________________
Tel: 0320712506     Fax:0326918982       E-mail: miorsafian@mod.gov.my

OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP)

  • Menjadi sebuah agensi pelaksanaan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur di dalam ATM,  menyelenggara bangunan-bangunan dibawah BPKP dan bertanggungjawab mendaftar, menjaga dan memastikan aset ATM terpelihara dan direkodkan dengan baik

PERANAN UTAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP)

  • Mengurus keperluan perumahan, bangunan teknikal dan infrastruktur ATM
  • Mengurus, Menyelenggara bangunan infrastruktur dan kemudahan kem-kem yang dipertanggungjawabkan
  • Bertanggungjawab untuk mendevenasikan menjaga dan memastikan aset-aset ATM berbentuk harta kekal terpelihara dan direkodkan dengan baik

FUNGSI BPKP (BPKP)

  • Membina perumahan, menyelenggara kem, fasilitas dan infrastruktur kepunyaan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Menguruskan hal tanah harta dan perumahan Angkatan Tentera Malaysia.
  • Menggubal dasar berkenaan semua aspek perumahan, fasilitas dan infrastruktur yang berkaitan untuk ATM.
  • Menggubal rancangan pembinaan perumahan ATM untuk program jangka pendek dan jangka panjang. Rancangan ini dibuat bersama dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
  • Membuat perkiraan kewangan untuk semua anggaran projek pembangunan, urusan kerja dan senggaraan sahaja bagi keperluan kontrak  bersama KEMENTAH.
  • Melantik penasihat-penasihat teknikal kepada jawatankuasa-jawatankuasa, agensi, jabatan dan badan-badan yang ditubuhkan dari masa ke semasa.
  • Membuat perancangan, pengawalan dan penyelarasan projek pembinaan dalam ATM.
  • Menguruskan pelaksanaan pembinaan projek perumahan ATM, urusan kerja dan senggaraan bagi unit penyelanggaraan di bawah kontrak bersama.
  • Melaksanakan kerja-kerja ukur tanah untuk projek-projek pembinaan ATM

ORGANISASI BPKP

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan

LEFTENAN JENERAL DATO' PAHLAWAN (DR) HJ ABD RAZAK BIN MD YUSOFF
PSAT DSAP DPTS DPMS PAT JMN KAT KMN MD (UKM) M.Med O&G (Mal) MBA (UKM)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
Kementeria PertahananTingkat 15
Bangunan Menara Park
Megan Avenue II
Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

_____________________________________________________
Tel: 0321753001     Fax:0321629686       E-mail: abdrazak@mod.gov.my

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA

Objektif utama Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera adalah untuk memelihara kekuatan tempur Angkatan Tentera Malaysia.

PERANAN UTAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pergigian yang komprehensif kepada seluruh anggota ATM dan keluarga mereka.
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan di medan yang cekap kepada pasukan ATM.
  • Melaksana perancangan pengurusan dan latihan ke atas sumber tenaga manusia KKD khasnya dan ATM amnya.
  • Membantu dan menyokong semua aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Kerajaan.
  • Bekerjasama di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bersama lain-lain agensi kesihatan.

FUNGSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

  • Menilai masalah serta bahaya dari segi perubatan dan pergigian. Seterusnya memberi nasihat bersesuaian kepada pemerintah di semua peringkat ke atas langkah-langkah yang perlu dilaksanakan demi memelihara dan meningkatkan kesihatan anggota tentera serta melindungi mereka dari ancaman penyakit.
  • Menyediakan kemudahan untuk penjagaan dan perawatan anggota yang sakit dan cedera.
  • Melaksanakan pengumpulan, perawatan, pemindahan dan pemulihan kasualti.
  • Memberi latihan kepada anggota KKD dan mengawasi latihan semua anggota ATM dalam perkara-perkara kesihatan persendirian, kesihatan ketenteraan, pertolongan cemas dan kesihatan pergigian.
  • Menentukan bekalan dan ulangbekal ubat-ubatan, peralatan, bekalan perubatan dan pergigian serta keperluan logistik kesihatan yang lain di tahap yang optima.

ORGANISASI BPK

  • BPK adalah satu dari sembilan Bahagian di bawah struktur organisasi Markas ATM.  Bahagian ini mempunyai susun galur perjawatan, pentadbiran dan pemerintahan yang berbeza daripada unit-unit lazim di bawah Markas Formasi Perkhidmatan yang lain, contohnya unit-unit di bawah Markas-Markas Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Markas Angkatan Bersama (MAB). BPK dipertanggungjawabkan oleh ATM bagi mengurus PKAT.  PKAT merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan perkhidmatan kesihatan bagi seluruh warga tentera dan keluarga merangkumi perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM. Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, PKAT dilengkapkan dengan sebuah :
  • Depot Perubatan dan Pergigian
  • 3 buah Hospital Angkatan Tentera (HAT)
  • Sebuah Hospital Tentera Darat (HTD)
  • 18 unit Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT)
  • 10 unit Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT)
  • 32 unit Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT)
  • 37 Pusat Perubatan Rejimen
  • 2 unit Batalion Perubatan (Bn Ubat)
  • Sebuah Kompeni Perubatan Para (KPP)
  • Sebuah unit Kompeni Perubatan Grup Gerak Khas
  • Sekolah Kor Perubatan dan Pergigian yang kini dikenali sebagai Institut Latihan Kesihatan (INSAN)
  • Institut Perubatan Penerbangan (IPP)
  • Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik (IPBAH).

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera

Bidang Tugas

  • Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  • Bertindak sebagai ‘liason’ dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  • Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  • Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  • Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  • Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Hal Ehwal Awam

Peranan

Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan interaksi antara ATM dengan masyarakat awam termasuk menyampaikan penerangan dan penyebaran maklumat dengan tepat, menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan melaksanakan program-program publisiti bagi meningkatkan imej ATM.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab membuat liputan media bagi aktiviti-aktiviti rasmi Panglima Angkatan tentera dan Bahagian-bahagian di bawah Markas ATM dengan mengkoordinasikan keperluan dengan pihak Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan.
  • Mengkoordinasikan keperluan program-program publisiti dan promosi bagi meningkatkan imej ATM.
  • Menguruskan liputan berdasarkan kepentingan dan keperluan aktiviti latihan, sosial, keagamaan dan kebudayaan di Markas ATM.
  • Bertanggungjawab menyampaikan penerangan berkaitan dasar dan aktiviti Markas ATM kepada warga tentera dan masyarakat awam.
  • Bertanggungjawab dalam menjalin dan mengekalkan hubungan baik dan mesra antara anggota tentera dan masyarakat awam.

Bahagian Perancangan Pertahanan

Peranan dan Tanggungjawab

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan

VISI

Menjadi organisasi komunikasi dan elektronik pertahanan yang unggul.

MISI

Mengurus sistem komunikasi dan elektronik pertahanan ATM.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan utama Bahagian KOMLEK adalah memberi kemudahan komunikasi pertahanan termasuk penghantaran surat/utusan ATM secara efektif dan efisien. Di samping menyelaras hal-hal komunikasi dan elektronik pertahanan, Bahagian ini juga bertanggungjawab ke atas keperluan pengkomputeran dan pengurusan maklumat di Markas ATM, pengurusan aspek peperangan elektronik dan peperangan siber dalam situasi aman, darurat atau peperangan. Ianya juga meliputi penyediaan dan pengurusan semua kemudahan telekomunikasi dan ibusawat telefon ATM. Dengan tertubuhnya MK AB pada 1 Jul 07, tanggungjawab keperluan perancangan dan pelaksanaan komunikasi operasi dan eksesais untuk MK ATM telah dipindahkan kepada staf J6, MK AB. Sungguhpun, demikian penyediaan aset dan kemudahan komunikasi yang diperlukan oleh MK AB masih lagi di bawah tanggungjawab Bahagian KOMLEK.

Bahagian Logistik Pertahanan

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang, pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan (AKS LP) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai 4 Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut: Cawangan Dasar Logistik. Peranan utama Cawangan Dasar merangkumi tanggungjawab dalam usaha penggubalan dan mengkaji semula dasar-dasar logistik di dalam ketiga-tiga Perkhidmatan yang meliputi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material dan peralatan, kejuruteraan, bekalan dan lain-lain perkhidmatan bantuan logistik. Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik. Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit tiga khidmat di bawahnya. Tim Sistem Komputer Logistik. Tim ini berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran di bidang logistik dan menganjurkan kursus-kursus berkaitan denganIntegrated Logistics Support(ILS) untuk ketiga-tiga Perkhidmatan. Tim Projek Simpanan Petroleum. Tim ini berfungsi untuk menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS dalam melaksanakan cadangan tumpangan stok simpanan bahan api ATM semasa aman atau semasa darurat serta merealisasikan cadangan penubuhan Rejimen Pakar Petroleum (AW).

Sekretariat

Peranan

Bertanggungjawab dalam tugas- tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas- tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bidang Tugas

Sekretariat MK ATM bertanggungjawab terhadap semua hal yang berhubung dengan pentadbiran, tugas staf dan keselamatan di MK ATM. Tugas-tugas utama Sekretariat adalah seperti berikut:
  • Menyelaras semua aspek berhubung dengan mesyuarat JKK JPP dan mesyuarat JPP.
  • Mengurus Memorandum-memorandum yang akan dibentangkan.
  • Menyelaras semua aspek berhubung dengan Mesyuarat Ketua Staf MK ATM.
  • Membantu Ketua Staf dalam pengurusan Program Bantuan Bersama.
  • Memantau pengurusan kewangan oleh PTJ-PTJ di bawah MK ATM.
  • Menyelaraskan lawatan-lawatan pegawai tinggi negara asing dan rombongan-rombongan dari institusi tentera negara asing.
  • Mengawal peruntukan rumah keluarga pegawai di kawasan KEMENTAH
  • Melaksana apa-apa arahan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Staf.
  • Memantau aspek keselamatan MK ATM.

Sunday 2 June 2013

Manifestasi Komitmen

Wawasan. Satu Angkatan Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebagai sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Misi. Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara.

Matlamat. Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia

Alenia Marconi Dagger Surveillance Radar for Jernas Rapier
3D pulse doppler radar with an integrated Cossor Mark 10 IFF system . Typically upgraded search radar for Jernas .
Blindfire Fire Control Radar for Jernas Rapier
 All-weather capability . Used a very narrow "pencil" beam and tracks both the target and missile .
Bringing all the Regiment GBAD (Ground Based Air Defence) Squadrons into line .

Astros II MLRS
Type : Multi-Launch Rocket System
Operational range : 480 km
Speed : 90 km/h
Armament : Rocket Launcher Loader Module + 1 X 12.7mm Bowning M2HB
Fire Control Computer : Fieldgaurd Radar


Bumar Labedy PT-91M
Armament : ZTS Konstruka 2A46MS 125mm + 1 X 7.62mm FN MAG + 1 X 12.7mm M2HB
Engine : PZL-Wola S-1000R Diesel (1k hp)
Speed : 70 km/h +
Operational range : 700 km+
9K115 Metis - M ATGM
Effective Range : 1,500 - 2,000 meters
Guidance : SACLOS wire guided ,thermal sight
Warhead : HEAT tandem , defeat ERA
Speed : 200 m/s

Engine : Solid-fuel rocket


Agusta Westland A109LUH
Role : Close-In-Support , air observation
Armament : 12.7mm HMG,rocket pod,gun pod
Speed : 154 knots / 285 km/h
Other roles : Search and Rescue (SAR) , as an air ambulance , light attack/close support
Max Altitude : 6,000 m / 19,600 ft
Armament : Rocket pod,25/30mm gun pod
Advantages :
- Power fuel-save
- Further operational range
- High speed maneuvering / cruising

Baktar Shikan ATGM
Variants : HJ-8/Red Arrow 8                       
Ability : Defeat Reactive Armor (ERA)            
Kill Probability : 90 %
Penetration Probability : 90 %
Accuracy Probability : up to 92 %
Effective Range : 3,200 meters
Speed : 220 m/s
Weight : 25 kg +

Daewoo K-200 KIFV / AIFV
Type : Infantry-Fighting Vehicle (IFV)
Range : 480 km with speed 70 km/h

EADS TRML 3D
Medium range, modular, highly reliable, countermeasures-resistant, 3D, C-band, self-contained, mobile radar system .

Denel G5 155mm Howitzer
Type : Towed - HowitzerCalibre : 155mm HE Fire Range : 39 km+
Guidance : GPS


Guidance : Optical tracked,SACLOS wire guided Launch Platform : Tri-pod , Vehicle , Aircraft

FH-70 Howitzer
Type : Close Support Gun
Range : 24 - 30 km

FNSS ACV-300 Adnan
Type : Infantry fighting vehicle (IFV)
Range : 500 km
Speed : 65 km/h
Navigation System : KVH TacNav
Armor : Against 14.5mm AP

9K115 Metis - M ATGM
Effective Range : 1,500 - 2,000 meters
Guidance : SACLOS wire guided ,thermal sight
Warhead : HEAT tandem , defeat ERA
Speed : 200 m/s
Engine : Solid-fuel rocket

Oerlikon 35mm twin cannon (anti-aircraft artillery)
Caliber : 35mm (1.4in)
Rate of fire : 556 rounds/minute
Connect to Fire Control Radar : Yes

Passive Sensor VERA-E
Is an ESM (Electronic Support Measure)
Nominal Range : 450 km
Up to 200 targets can be automatically tracked simultaneously
Accurately detect and track airborne emitters
Capable of detecting STEALTH aircraft

Skyguard Radar for Twin Oerlikon 35mm
A pulse doppler tracking radar and a co-axial television camera
A typical fire unit using the Skyguard consists of two twin 35 mm gun platforms with a single Skyguard fire control radar.

MANPADS Starburst

Mercedes G-Wagon
Type : Multi-purposed vehicle
Variants :- 12.7mm Browning M2HB mounted- Automatic Grenade Launcher (AGL) mounted- ATGM weapons mounted

THALES Ground Master 400
S Band , 3D AESA Radar
Type : Air Surveillance Radar
Detection Range : 390 km (In altitude : 30.5 km)
Instrumented Range : 470 km

URO VAMTAC 4X4
Type : Multi-purpose armoured vehicle
Engine : Steyr Turbocharged Diesel 188hp
Quantity : 80 +
Operational Range : 600 km+
Maximum Speed : 135 km/h
Weight : 3,000 - 3,500 kg
Armor : Ballistic Kits

OPERASI DAULAT GABUNG ASET TIGA CABANG ATM



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya, udara, laut dan darat dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.




F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas.




Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.



Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.

Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.




Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada ‘power projection’ atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.

“Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti ‘Eksesais Halilintar’ yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.




“ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri,” katanya.


Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh

Saturday 1 June 2013

JIKA ATM-TNI BERSATU

Jika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bersatu sudah tentu digeruni banyak pihak terutama United State of America (USA) dan Israel kerana kedua-dua negara ini majoritinya beragama Islam. Berikut adalah kajian dan selidikan saya:-


Inilah jumlah tentera kedua-dua negara jika bersatu.
NegaraTentera DaratTentera LautTentera UdaraTentera Marin
Flag of Indonesia.svg Indonesia[8][9]348 00074 00027 80029 000
Flag of Malaysia.svg Malaysia140 00020 00015 50010 000
 JUMLAH488 00094 00043 30039 000
Jumlah keseluruhan yang dipetik dari web globalfire :-
 : Total Population: 245,613,043(TNI)
 :  Total Population:  28,728,607(ATM)

Jumlah tentera Indonesia adalah rasmi yang dikeluarkan di web dan wikipedia, manakala Malaysia tidak rasmi kerana jumlah anggotanya tidak disertai anggota GGK, Paskal , Paskau , Askar Wataniah dan Palapes. Ini adalah satu jumlah yang hebat dan sangat menggerunkan. Jika semua tembok pertahanan ATM atau TNI runtuh di medan perang tibalah masa untuk rakyat Malaysia yang pernah menjalani kem PLKN di mana mereka telah diajar teknik asas (basic) ketenteraan dan peperangan, jumlah pelatihnya melebihi 5 juta. Dan sekarang kita cuba lihat kekuatan tentera USAdan Israel:-


Jumlah ini termasuk dengan kesemua cabang tentera:-
 USA Total Population: 313,232,044 
  ISRAEL Total Population: 7,473,052 
 USA & ISRAEL Total Population: 320,705,096

Terkejutkan kita melihat ahli tentera mereka! Tapi jangan risau , Malaysia mempunyai ramai sekutu dalam pasukan FDFA yang ahlinya melebihi 90 juta anggota. Apatah lagi jika mereka berperang di ASEAN dimana permukaan bumi dan lokasinya sungguh mencabar dan tentera mereka tidak berlatih di dalam hutan , mereka hanya berlatih di padang pasir ataupun bangunan khas.Kita lihat saja perang Vietnam tentera USA tewas dengan teruk kerana mereka tiada taring di ASEAN dan permukaan bumi jelas mereka tidak biasa walaupun jumlah tentera Komunis Vietnam sedikit saja.

Dari segi pesawat tempur pula:- 
SU-30

HAWK
F/A 18 Hornet
MIG-29 Fullcrum
Malaysia dan Indonesia : Su-30mkm , Su-30mki , MIG-29 Fullcrum , F-16 Falcon , Su-27 mki , F/A 18 D Hornet , Hawk 108 , Hawk 208 , Hawk 100 , Hawk 208 .
Untuk pesawat yang tidak diketahui masih boleh bertugas atau tidak: F-5E , F-5 Tigereye II , F-5 B  ,RF-5E , A-4 skyhawk.

Pesawat latihan tempur pula:- Aeermachi MB-339, MD3-160 Aerotiga(buatan Malaysia) ,Eagle 150B(buatan Malaysia), Pilatus pc-7,Fokker.

USA & Israel :- F-22 raptor , F/A 18 superhornet , F-15 , F-16 , F-35 , SR-71 blackbird , F-117 , F/A 18 d hornet.


ATM dan TNI  sudah bersatu apabila mereka sering berlatih bersama di Malaysia dan Indonesia tetapi rakyatnya masih belum bersatu. Rakyat Indonesia di Malaysia sudah bersatu cuma tunggu yang di Indonesia sahaja. Saya berharap kita dapat bersatu , Tinggal Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja negara Islam di ASEAN. Kita cume tunggu masa Thailand dan Myanmar hendak menjatuhkan Islam di Asean.
MD3-160 aerotiga


F-16 Falcon