Friday 31 May 2013

Salary and Allowance

Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatan ATM.

Faedah – faedah Perkhidmatan.  Faedah – faedah perkhidmatan yang disediakan oleh ATM ialah seperti berikut:
  • Imbuhan Tetap Perumahan – RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga).
  • Tuntutan Pakaian Istiadat – RM 1,500.00 (3 tahun sekali).
  • Elaun Senggaraan Pakaian Seragam – RM 500.00 (setahun sekali).
  • Imbuhan Tetap Khidmat Tentera – RM 170.00 hingga RM 300.00 sebulan.
  • Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja – RM 200.00 maksimun sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan kenderaan ke tempat kerja).
  • Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja).
  • Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak).
  • Rawatan / Perubatan Percuma (termasuk ibubapa).
  • Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Medals & Honours

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Di anugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian yang paling luar biasa.
PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)
Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara. Pengurniaan kehormat juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara Asing yang setaraf.
PANGLIMA SETIA ANGKATAN TENTERA
Anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
PANGLIMA GAGAH BERANI
Anugerah ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan serta keberanian yang luar biasa.
KESATRIA ANGKATAN TENTERA (KAT)
Pangkat Keempat dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
BENTARA ANGKATAN TENTERA (BAT)
Pangkat kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Anugerah ini boleh juga dikurniakan kepada anggota angkatan tentera asing yang setaraf secara kehormat.
PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA (PAT)
Anugerah Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah Pangkat Ketiga dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral atau setaraf, serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.

Thursday 30 May 2013

CDF Profile

CDF Profile

JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PGAT PSM PJN DHMS SSAP SIMP SPTS SPMP SSTM SPKK DPPN
PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW PAT JMN SDK KMN AMK
ASK Legion of Honour (Phil) AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974.  Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah.  Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu.  Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000.  Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.
Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD.  Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera  (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS).  Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan.  Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.
Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007.  Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.
Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.
Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang dan dikurniakan dua orang anak perempuan.  Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.

COS Profile

COS Profile

LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR
PJN SPKK SPMT PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN
PNBB (Moz) ndc mpat pac MDef Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU)
KETUA STAF MK ATM
LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR (411967) telah dilahirkan di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Pegawai Kadet di Pusat Latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan telah ditauliah sebagai Leftenan Muda di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.

LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR, di sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf dalam ATM. Semasa menjawat jawatan Ketua Platun dan Ketua Kompeni beliau telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas komunis. Selain dari penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan berbagai latihan ketenteraan samada di dalam negara mahupun di luar negara. Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan yang turut melibatkan kenaikan pangkat beliau. Di antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Perkhidmatan Anggota di Markas Tentera Darat, Ketua Staf 3 Markas Divisyen dan Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jun 2008. Beliau seterusnya, menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009.

LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR juga telah megikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master In Defense Studies (Australia) dan Master of Science in Defense and Strategic Studies (Pakistan).

Timbalan Panglima Tentera Darat

Timbalan Panglima Tentera Darat

LEFTENAN JENERAL DATO’ SERI PANGLIMA AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI
PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS
usawc mpat plsc (Canada) MA (Lancaster) MSS (USAWC)
TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT
Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau memohon untuk mengikuti latihan Pegawai Kadet dan telah dipilih mengikuti latihan di Officer Cadet School, Portsea, Australia. Beliau telah  ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981.

Sepanjang karier, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah melaksanakan  tugas-tugas pemerintahan, staf di pasukan dan markas formasi serta sebagai jurulatih. Beliau berpengalaman  terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis di sempadan tanah air sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989.  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi  telah diamanahkan untuk memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1995. Kesinambungan tugas sebagai pemerintah diteruskan apabila dilantik sebagai Panglima 11 Briged pada tahun 2005, Panglima 3 Div tahun 2007 dan sebagai Panglima Medan Tentera Darat pada tahun 2009. Beliau seterusnya telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat pada 1 Ogos 2011.

Pendedahan di peringkat staf pula, beliau pernah menyandang beberapa tugas utama iaitu Pegawai Staf 1 Tadbir di Markas Tentera Darat, Ketua Staf Markas 11 Briged, Kol Latih dan  Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Cawangan OPLAT Markas Tentera Darat.  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi merupakan satu-satunya Pegawai Infantri yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan ATM mulai 1 April 2001 hingga 17 April 2003. Semasa menjadi Pengarah Pendidikan ATM, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini. Dalam bidang kejurulatihan pula, beliau pernah ditugaskan sebagai Jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1986 dan Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) pada tahun 1993.

Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre Singleton, US Army Infantry School Fort Benning Georgia, Canadian Land Forces Command and Staff College dan US Army War College (USAWC). Beliau mempunyai kelulusan Diploma in Training and Development (Leicester University UK),  Master in International Relations and Strategic Studies (Lancaster)  dan Master of  Strategic Studies (USAWC).  Beliau telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Maktab semasa menghadiri Kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 2000.

Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah dianugerahkan tiga orang cahayamata bersama isteri Datin Seri Noor Akmar binti Yaacob.  Hobi beliau ialah membaca, menembak dan bersukan.

Panglima Tentera Darat

Panglima Tentera Darat

JEN TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PJN SIMP PSAT DGMK DPTS PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt MM (AIM) Manila ADBM (Wales)
PANGLIMA TENTERA DARAT
Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain itu, beliau juga lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London yang merupakan program bersama dengan King’s College, London pada 2005.
Selain akademik beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang ketenteraan. Antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999 dan beliau juga turut menghadir pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand.
Pengalaman beliau dalam melatih dan mengajar antaranya ialah menjadi Jurulatih di Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai- pegawai dari New Zealand dan negara kommonwel yang lain tentang persenjataan, taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hinga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-24.
Antara pencapaian beliau disepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 briged telah berjaya memenangi Army award excellence in management pada tahun 2006 dan Armed Forces award of excellence pada tahun 2007.
Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah berkahwin dengan Datin Hjh Rusnah bt A. Rahman dan dikurniakan empat orang anak. Hobi beliau adalah memburu, bercucuk tanam dan bermain golf.

Timbalan Panglima Tentera Laut

Timbalan Panglima Tentera Laut

LAKSAMANA MADYA DATUK MOHAMMED NOORDIN BIN ALI
PJN SIMP PSAT DGMK DIMP DPMS PAT JSM SDK KAT KMN BCK PPT (Sel) PJM PPS PPA mpat psc
TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT
Laksamana Madya Datuk Haji Mohammed Noordin bin Ali dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop dan di peringkat Menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga ke Tingkatan Enam. Mula berkhidmat dalam Tentera Laut pada 29 Mei 1974 dengan mengikuti latihan asas di Kem Sebatang Kara, Port Dickson dan kemudiannya melanjutkan Latihan Pegawai Kadet Laut di Sembawang, Singapura. Ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM pada 1 November 1976 dengan menyandang pangkat Leftenan Muda dalam Senarai Tugas Am Cawangan Eksekutif. Beliau diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 3 April 2008 dengan menyandang pangkat Laksamana Madya.
Sehingga kini, beliau telah berkhidmat selama 37 tahun. Semasa di peringkat awal, beliau telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Navigasi di KD YU dan Pegawai Laksana di KD GEMPITA serta KD MAHAMIRU. Beliau kemudiannya telah diberi kepercayaan sebagai Pegawai Memerintah KD KINABALU (Mines Counter Meassure Vessel). Kemuncak pencapaian beliau apabila dilantik menjadi Pegawai Memerintah KD LEKIU (Frigate 2000) dan Pegawai Kanan Armada. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri sebagai Pakar Operasi Maritim dalam Projek Sistem Pengawasan Laut.
Penglibatan beliau dalam mengetuai rondaan operasi, memberi perlindungan kepada pelantar minyak luar pantai, mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin dan membasmi rompakan di laut sedikit sebanyak telah menjamin keselamatan perairan dan nelayan tempatan di negara ini.
Beliau juga telah memainkan peranan yang penting dalam usaha mengkoordinasikan penerbitan buku Panduan Latihan Armada (Fleet Exercise Practice Guide). Buku panduan ini berjaya mewujudkan sistem latihan yang lebih bersistematik dipraktikkan di Armada TLDM sehingga ke hari ini. Semasa menjawat jawatan sebagai Panglima Wilayah Laut 1 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan operasi, latihan dan prestasi kapal-kapal TLDM di bawah naungannya. Ini termasuklah mengarahkan kapal-kapal ronda TLDM memperhebatkan rondaan bagi mencegah pencerobohan nelayan asing dan kegiatan penyeludupan di laut.
Beliau juga telah didedahkan dan berpengalaman dalam mentadbir dan menguruskan Angkatan Tentera Malaysia di peringkat ‘joint’. Beliau sebelum ini telah diperjawatkan sebagai Provos Marsyal ATM, Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik, Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi dan Latihan serta Ketua Staf Angkatan Bersama di Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) di bawah pemerintahan Panglima Angkatan Tentera. Sepanjang beliau diperjawatkan di MATM beliau telah berjaya menjalinkan hubungan baik di peringkat regional dan antarabangsa dalam mempertingkatkan ‘military diplomasi’ Angkatan Tentera Malaysia.
Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin juga telah mengikuti Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera dan di Greenwich, United Kingdom. Di samping pencapaian prestasi yang membanggakan, beliau telah membuktikan keupayaan memperolehi keputusan akademik yang terpuji dalam kursus yang dihadiri. Beliau juga merupakan Alumni Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Cambrige University dan Naval Post Graduate School. Daya usaha dan kegigihan yang telah ditunjukkan oleh beliau dengan tidak mengenal penat selama ini telah banyak memberikan kesan yang baik dan positif untuk pembangunan TLDM.
Sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau di dalam perkhidmatan angkatan tentera, beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’. Selain itu, beliau turut dianugerahkan pingat Pahlawan Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) dan Pingat Persekutuan, Johan Setia Mahkota (JSM).
Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin amat meminati bidang sukan, maka tidak hairanlah jika masa terluang diisi dengan bermain golf, berenang dan berjogging. Hasil perkongsian hidupnya bersama Datin Sabariah bt Abd Hamid, mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.

Panglima Tentera Laut

Panglima Tentera Laut

LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI JAAFAR
PGAT PSM PJN SSAP SPKK SPTS SPDK DCSM SMW PSAT DPMS DMSM PAT JSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA FIMarEST MA Adv Dip Mgt Sc ncc psc
PANGLIMA TENTERA LAUT
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Laut mulai 1 Apr 08.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz dilahirkan di Sungai Udang, Melaka pada 7 Mei 1956. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, pendidikan menengah di Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka dan Maktab Tentera Diraja, Sg Besi, Kuala Lumpur. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada bulan Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1977.
Sepanjang 36 tahun perkhidmatan, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz telah memegang beberapa jawatan di Armada mahupun di pangkalan. Pada 2001 beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Armada dan seterusnya sebagai Panglima Wilayah Laut 2 di Labuan pada Julai 2002. Pada Julai 2005, beliau telah memegang jawatan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut sebelum dilantik sebagai Panglima Armada pada 27 Januari 2006 sehingga 28 Julai 2006. Seterusnya beliau memegang jawatan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah menjawat jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 15 Nov 06.
Kewibawaan beliau sebagai seorang pegawai tentera laut yang professional menyaksikan Laksamana Tan Sri Abdul Aziz dipilih sebagai warga tauliah kepada 4 buah kapal yang baru iaitu KD PAUS (FAC G) dari Limbungan Hong Leong Lurssen, Malaysia (1976), KD SRI INDERA SAKTI (MPSS) di Bremen, Jerman (1980), KD KASTURI (Corvette) di Kiel (1984) dan KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN (Corvette) di La Spezia, Italy (1999). Beliau juga telah memegang tampuk pemerintahan 3 buah kapal TLDM iaitu KD BAUNG pada 1986, KD MUSYTARI pada 1994 dan akhir sekali KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN pada 1999 di mana beliau juga adalah Pegawai Kanan Armada yang bertanggungjawab mentadbir semua kapal dalam Armada TLDM.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz pernah menghadiri beberapa kursus profesional dan kerjaya di dalam mahupun di luar negeri. Antara kursus yang pernah beliau hadiri adalah Navigation Specialization Course di United Kingdom pada 1980, kursus staf di Maktab Turus Angkatan Tentera Haigate pada 1991 dan Naval Command Course di Naval War College di Amerika Syarikat pada 1995. Sewaktu menjalani kursus di Amerika Syarikat beliau telah mengikuti pengajian Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Salve Regina University dan memperolehi keputusan cemerlang (distinction). Pada tahun 1988, beliau telah menghadiri kursus selama satu tahun di INTAN dan memperolehi Diploma Lanjutan Sains Pengurusan dengan mendapat Kepujian.
Kewibawaan Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bukan sahaja terserlah di dalam TLDM bahkan di sektor awam di mana beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Institut Maritim Malaysia (MIMA), Syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dan SME Ordnance Sdn Bhd dalam jawatan yang sama. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Maritime Working Group of Malaysian Defence Industry Council (MDIC) dan Naib Yang Dipertua Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad. Kewibawaan beliau dalam membangunkan TLDM terserlah apabila diberi penghormatan sebagai Fellow of the Institute of Marine Engineering Science and Technology (FIMarEST) pada 8 Jul 2010.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Sarah binti Ab Ghafar. Mempunyai pelbagai minat terutamanya sukan golf dan membaca. Topik kegemaran beliau adalah sukan, hal ehwal antarabangsa, kepimpinan dan pengurusan.
Bagi mengenang jasa beliau, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz telah dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri, Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Darjah Seri Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (SPKK) daripada DYMM Sultan Kelantan, Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk serta penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan membawa gelaran yang sama.
Di peringkat kebangsaan, beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, Darjah Panglima Jasa Negara (PJN), Seri Mahkota Wilayah (SMW), Darjah Johan Setia Mahkota (JSM), Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Ahli Mangku Negara (AMN). Di peringkat Angkatan Tentera pula, beliau dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT).
Di peringkat antarabangsa, beliau telah dianugerahkan dengan Bintang Jalasena Utama daripada kerajaan Republik Indonesia, pingat Knight Grand Cross of the Most Noble Order of the Crown of Thailand oleh kerajaan Thailand, pingat Order of Legion d’Honneur oleh kerajaan Perancis serta The Legion of Merit (Degree of Commander) dari kerajaan Amerika Syarikat.

Timbalan Panglima Tentera Udara

Timbalan Panglima Tentera Udara

LEFTENAN JENERAL DATO’ ROSLAN BIN SAADPSAT DSAP DIMP PAT SMP KMN KSD AMN PJM PPS PPA Dip Mgt Sc MSc (Def) MMgt (UNSW) mpat psc jt TUDMTIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
Leftenan Jeneral Dato’ Roslan bin Saad TUDM telah dilahirkan pada 28 November 1956 di Alor Gajah, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal sekolah rendah di Melaka dan pendidikan menengah di Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja Sungai Besi dan seterusnya menyertai latihan pegawai kadet juga di Maktab Tentera Diraja. Beliau telah ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 11 November 1975.
Perjalanan kerjaya penerbangan Leftenan Jeneral Dato’ Roslan bin Saad TUDM bermula pada Februari 1977 selepas menamatkan latihan Kursus Asas Penerbangan. Beliau ditukarkan ke No 1 dan No 2 Skuadron di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Selepas menerima pengalaman operasi, beliau telah menghadiri dan lulus kursus Jurulatih Penerbangan (QFI) pada tahun 1981. Beliau adalah seorang Jurulatih Kategori ‘A’ dan berkhidmat selama 5 tahun di Pusat Latihan Terbang Asas dan Lanjutan dalam perbagai jawatan iaitu sebagai Standard Officer, Pemeriksa dan OC Akademik. Setelah itu beliau ditugaskan di No 2 Skuadron (Skuadron VIP TUDM) dan menerbangkan pesawat CL600 dan FALCON 900 serta menjadi Pemeriksa Juruterbang VIP dan juga Pegawai Eksekutif skuadron tersebut. Kemudian, beliau ditugaskan sebagai Ketua Tim Projek untuk mengoperasikan pesawat CASA CN235 kepada perkhidmatan TUDM dan menjadi Pegawai Memerintah Skuadron CN235.
Leftenan Jeneral Dato’ Roslan bin Saad TUDM pernah bertugas di pelbagai jawatan pemerintah seperti Pegawai Memerintah No 1 dan No 21 Skuadron dan sebagai Komander Pangkalan Udara Subang. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Brigadier Jeneral TUDM pada Januari 2007 dan mengambil alih pemerintahan Markas No 2 Udara Labuan. Dia telah menjawat pelbagai tugas staf di Markas Tentera Udara seperti Pegawai Staf 1 Maritim, Pembantu Ketenteraan kepada Panglima Tentera Udara dan Pengarah Rancang Udara. Beliau adalah salah seorang dari kalangan Cawang Penerbangan yang dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Materiel Markas Tentera Udara pada tahun 2007. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral TUDM pada Januari 2008 dan memegang jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (J3) di Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau kemudian ditukarkan sebagai Panglima No 1 Divisyen Udara Kuala Lumpur mulai 5 September 2008 hingga 20 Ogos 2010 dan kemudian sebagai Panglima Operasi Udara. Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara mulai 4 November 2010.
Leftenan Jeneral Dato ‘Roslan bin Saad TUDM dianugerahkan Diploma Sains Pengurusan dari INTAN Kuala Lumpur pada tahun 1989. Beliau juga merupakan lulusan dari Indian Armed Forces Defence Services Staff College dengan dianugerahkan Sarjana Pengajian Pertahanan pada tahun 1992. Beliau juga adalah lulusan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau melanjutkan pengajian di Universiti New South Wales Australia dan dianugerahkan Sarjana Pengurusan Strategik.
Beliau merupakan penerima pelbagai anugerah darjah kebesaran dan pingat Angkatan Tentera Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana telah berkhidmat dengan taat setia kepada Angkatan Tentera dan Negara.
Leftenan Jeneral Dato’ Roslan bin Saad TUDM berkahwin dengan Datin Khairani binti Mohd. Zain dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. Hobi beliau adalah membaca dan mengembara. Beliau juga seorang yang aktif dalam sukan golf dengan handikap 22.

Panglima Tentera Udara

Panglima Tentera Udara

JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUDPGAT PSM PJN SSAP SIMP SPTS DGPN PSAT DIMP PAT SMT KMN AMP PJM PPS PPA MSc (QAU) MA (UKM) ndc mpat psc jt TUDMPANGLIMA TENTERA UDARA
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dilahirkan di Besut, Terengganu pada 11 Mac 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tengku Mahmood, Besut dan peringkat menengah di Maktab Tentera DiRaja. Menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau telah ditauliahkan sebagai Juruterbang pada 31 Oktober 1973.
Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di Australia pada tahun 1974 dan seterusnya menyandang jawatan Juruterbang di Skuadron No.6 (menerbangkan Tebuan CL-41G) dan Skuadron No. 12 (menerbangkan F-5E). Antara pengalaman awal beliau sebagai pegawai memerintah termasuk menyandang jawatan Pemangku Komandan Pusat Latihan Terbang 3 (menerbangkan PC 7 and Aermacchi MB 339A), Pegawai Memerintah Skuadron No. 12 (menerbangkan pesawat F 5) dan Skuadron No. 17 (menerbangkan MiG 29N). Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menyandang berbagai tugas pengurusan/pentadbiran semenjak tahun1988. Jawatan yang disandang adalah Pegawai Staf di Air Defence Command, Ketua Tim Projek MiG 29N di Moscow dan Penasihat Pertahanan di Moscow. Sebelum menyandang jawatan sekarang, beliau telah menyandang beberapa jawatan di Markas Operasi Udara sebagai Brig Jen Operasi, Markas Tentera Udara sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Panglima Pendidikan Udara, Panglima No. 1 Divisyen Udara dan yang terakhir ialah Panglima Operasi Udara.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM merupakan graduan Air Command and Staff College, New Zealand pada tahun 1989, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada tahun 2002 (Masters in Defence Studies Universiti Kebangsaan Malaysia); Pakistan National Defence (Masters Degree in Strategic Studies dari Quard-i-Azam University) pada tahun 2006.
Atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang mana kedua-duanya membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang dan Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri. Kecekalan dan kesungguhan yang dipamerkan terutama di dalam membentuk halatuju jangka panjang TUDM telah menerima pengiktrafan apabila dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 5 Okt 2010.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah pun berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din serta dikurniakan dua orang cahayamata lelaki. Beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca, melancong dan bermain golf.

Sejarah ATM

Sejarah ATM




Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selatpada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Titik mula TUDM ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF)oleh British pada tahun 1936. Pasukan i ni ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.

Wednesday 29 May 2013

PERINTAH ULUNG PANGLIMA TENTERA DARAT KE-24


logo_perintah_ulung

bintang_copy
PERINTAH ULUNG

PANGLIMA TENTERA DARAT KE-24

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Subhanahu Wataala; Tuhan sekelian alam; selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu’ Alaihi Wassalam.
Para Perwira, Bintara, Petanda dan Perajurit serta warga Tentera Darat yang saya kasihi sekalian
TAKLIF BUKAN TASYRIF
Harus disedari bahawa perlantikan saya sebagai PTD merupakan satu tanggungjawab dan amanah (taklif) dan bukan semata-semata sebagai satu posisi yang membawa populariti atau imbuhan (tasyrif) yang melalaikan. Amanah dan tanggungjawab perlu dipikul bersama untuk mengharungi pelbagai cabaran. Demi kelangsungan kesejahteraan dan kecemerlangan TD, tiga  aspek berikut akan saya jadikan teras hala tuju pemerintahan saya:
HALA TUJU PERTAMA: KELANGSUNGAN VISI MENGEKAL TRADISI
Dua dimensi utama, Kesiagaan Tempur dan Kualiti Hidup akan terus diperkukuhkan. Lima unsur-unsur kejiwaan, iaitu Kesetiaan, Integriti, Kesatuan, Pengorbanan dan Keunggulan yang menjadi teras pendukung kepada dimensi Kesiagaan Tempur dan Kualiti Hidup akan terus dibangunkan dan disuburkan. Pembatinan ethos ketenteraan melalui Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) akan terus diiktiraf sebagai sumber asas kekuatan spiritual yang membina daya juang ketenteraan atau military morale.
HALA TUJU KEDUA: TRANSFORMASI INKLUSIF MENGEKAL RELEVANSI TETAP DIUNGGULI
Demi mengekal relevansi dan keunggulan TD, saya bertekad untuk memperkasakan TD menjadi sebuah angkatan yang inklusif dan tekal oleh masa dan situasi – land force that can withstand the test of time and situation. Justeru, aspek-aspek berikut perlu diterjemahkan menjadi pelan tindakan:
Aspek Pertama: Keseimbangan Faktor Tangible dan Intangible. Memperkasakan  tahap dan prestasi Kuasa Tempur melalui keseimbangan pengurusan unsur-unsur tangible dan intangible, yang melibatkan tiga elemen utama - Daya Tembak, Daya Gerak (tangible) dan Daya Juang atau Morale (intangible).
Aspek Kedua: Kajian Berterusan.  Kajian-kajian mengenai Trilogi 3M - manusia, mesin dan metod (man, machine and method) perlu diberi perhatian lebih serius secara berterusan. Tinggi rendahnya tahap kuasa tempur yang dijana tergantung kepada nilai profesionalisma anggota (man) menggunakan persenjataan dan peralatan (machine) serta keserasian metodologi atau doktrin ketenteraan (method). Melalui hasil kajian-kajian, TD akan dapat melaksanakan pembangunan Kuasa Tempur yang benar-benar inklusif dan relevan mengikut situasi semasa dan akan datang.
Aspek Ketiga: Anjakan Paradigma. Pengukuhkan pemikiran luar kotak  beserta dengan kematangan akal budi ketenteraan adalah faktor utama bagi menyahut cabaran suasana semasa dan akan datang yang rawan dan mudahubah. Teori dan konsep Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy) dan Big Think Strategy perlu di sesuaikan dan dijadikan panduan kepada transformasi TD yang inklusif.   Aspek Keempat: Operasi Ketenteraan Selain Perang. Selain dari memanfaatkan Kuasa Tempurnya untuk operasi-operasi
ketenteraan berorientasikan perang, TD juga memfokuskan kepada Operasi Ketenteraan Selain dari Peperangan (Military Operations Other Than War – MOOTW), penglibatan dalam misi pengaman PBB dan pelaksanaan program Strategi Lautan Biru dengan pelbagai agensi Kerajaan.  Oleh itu, TD hendaklah sentiasa peka terhadap kepentingan hubungan kerjasama antara agensi (inter-agency cooperation), yang juga dikenali sebagai Civil-Military Cooperation (CIMIC).

HALA TUJU KETIGA: SAHSIAH DIRI PRESTASI TD
Daya Juang Ketenteraan (military morale) merupakan tahap keyakinan, ketabahan, pengorbanan dan sikap keberanian yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu tugas yang diperlukan oleh pasukan atau Tentera Darat. Tahap Daya Juang seseorang anggota ditentukan oleh pengertian  kehidupan, sama ada kehidupan ini untuk dirinya, keluarganya, pasukannya, agamanya, bangsa atau negaranya. Individu yang mempunyai tahap Daya Juang yang bersendikan pasukan dan kenegaraan semestinya berbeza dengan pengertian kehidupan anggota yang bersendikan material semata-mata.
Saya menyeru kepada setiap warga Tentera Darat sentiasa membangun dan menyuburkan tahap Daya Juang yang bersendikan kenegaraan 1Malaysia  yang mampu mewujudkan  1Jiwa TD kearah 1Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia bagi mendukong aspirasi rakyat dan kedaulatan negara. Sebagai refleksi kepada 1Jiwa TD, saya juga berkehendakan warga TD mempamerkan 6 Akal Budi Ketenteraan (Military Mind) seperti berikut:
1. Penampilan Kepahlawanan (Warrior Appearance)
2. Tingkah Laku Diri yang Jelas (Clear Personal Conduct)
3. Kesopanan Ketenteraan (Standard of Military Courtesy)
4. Tanggungjawab kepada Peralatan (Responsibility for Equipment)
5, Kemahiran Ketenteraan (Military Skill)
Bagi merealisasikan pengukuhan Akal Budi Ketenteraan saya menyeru agar tiga aspek berikut diberi perhatian:
Aspek Pertama: Konsep Hablun minALLAH. Hablun minAllah adalah konsep ketuhanan yang menekankan hubungan manusia dengan Allah yang mampu memperkasakan daya juang yang tulen.
Aspek Kedua: Konsep Hablun minanas. Hablun minanas adalah konsep  perhubungan manusia sesama manusia yang akan memperkukuhkan tanggungjawab pengurusan anggota.
Aspek Ketiga: Konsep Trilogi Pengurusan Tingkah Laku. Ia merangkumi keseimbangan pengurusan komponen kognitif (fikiran), emosi dan tingkah laku.
TEKAD, TAWAKKAL & RESTU HALA TUJU YANG JITU DITUJU
Hasrat Tentera Darat ke arah mewujudkan satu angkatan yang inklusif, relevan dan mendapat kepercayaan sepenuhnya dari masyarakat serta pucuk pimpinan negara tidak akan tercapai tanpa komitmen menyeluruh warga TD. Saya menyeru agar semua lapisan anggota  TD memperbaharui tekad, menggandakan usaha dan sentiasa berdoa memohon restu Allah Subhana Wataala agar hala tuju yang jitu ini dapat direalisasikan.
GAGAH SETIA
1ANGKATAN: TETAP GAGAH TETAP SETIA
MENDUKUNG ASPIRASI RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGARA

...................................................................................................
JENERAL DATUK HAJI ZULKIFLI BIN HAJI ZAINAL ABIDIN
PANGLIMA TENTERA DARAT
16 JUN 2011

Kapsul Masa Tentera Darat

kapsulmasa

INFORMASI UMUM BERKENAAN DENGAN KAPSUL MASA TENTERA DARAT
  • Diilhamkan oleh: Panglima Tentera Darat.
  • Tarikh Penanaman Kapsul: 1 Mac 2008.
  • Tarikh Kapsul Akan Dibuka: 1 Mac 2033.
  • Tempoh Penanaman Kapsul: 25 Tahun (Bermula pada 1 Mac 08).
  • Lokasi Penanaman Kapsul: Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Kandungan Kapsul:
    • Surat Panglima Tentera Darat tahun 2008 kepada Panglima Tentera Darat tahun 2033 dan Surat Aspirasi Keutuhan Tentera Darat.
    • Surat BAKAT dari Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat pada 1 Mac 2033.

Lagu Tentera Darat Malaysia

GAGAH SETIA

Gagah dan setia
Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia

Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa

Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara

Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia

Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa

Logo Tentera Darat Malaysia

logotd

MAHKOTA
  • Bulan, bintang, sempadan keliling, perkataan Allah dan Muhammad berwarna kuning emas dan 'outline' berwarna hitam.
  • 'Diamond' dari kiri adalah berwarna biru, hijau, merah, hijau dan biru.
  • Terdapat 21 bulatan-bulatan kecil dibahagian atas mahkota.
  • Latar belakang perkataan Allah dan Muhammad berwarna merah cili.
KALUNGAN BUNGA PADI
  • Setiap tangkai mempunyai 16 butir bunga padi iaitu enam ditengah dan lima di kiri dan kanan.
  • Bunga padi berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
KERIS DAN DUKU ILANG
  • Keris luk lima bersilang dari kiri ke kanan.
  • Duku Ilang (parang sarawak) bersilang dari kiri kanan ke kiri
  • Keris dan Duku Ilang berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
SKROLL
  • Berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.  Perkataan "GAGAH SETIA" berwarna hitam.
INSIGNA LOGO TENTERA DARAT MALAYSIA
  • Mahkota -  Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
  • Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
  • Perkataan Allah dan Muhammad - Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasululah sebagai pesuruh-Nya.
  • ‘Diamond’ - Lima butir ‘diamond’ melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati oleh rakyat dan ia memberi perkembangan pembangunan kepada Tentera Darat Malaysia.
  • Kalungan Bunga Padi - Kalungan bunga padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia.  Ia melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah dan bersemangat umpama resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ia juga lambang perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian antara kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia.  Lambang ikatan Tentera Darat Malaysia dan rakyat.
  • Keris Melayu Luk Lima - Keris merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu. Melambangkan kegagahan dan keperkasaan orang yang sentiasa bersiap siga untuk mempertahankan Negara dan tanahair.
  • Duku Ilang - Duku Ilang merupakan parang pancung Dayak Darat. Merupakan semangat orang Dayak Darat dan melambangkan cara mereka menentang musuh di dalam peperangan.
  • Keris Bersilang Duku Ilang - Melambangkan gabungan keperwiraan dan kegagahan orang Melayu dan Dayak.  Senjata ini mencantumkan kualiti-kualiti kehandalan dan kegagahan dengan semangat berperang. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.  Kehandalan dan kegagahan kearah kemuncak kejayaan yang menggandingkan dua bangsa Tanah Melayu Sabah dan Sarawak yang menjadi satu.

Bendera Tentera Darat Malaysia

Bendera Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mula diperkenalkan sejak penubuhan TD lagi dan digunakan sehinggalah sekarang.  Rupa bentuknya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang TDM.  Bendera ini merupakan lambang kemegahan dan keperwiraan TD.  Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang TDM berwarna merah cili.

Bendera TDM berukuran 187 cm panjang dan 91.5 cm lebar.  Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Markas Formasi, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-pasukan TDM. 

Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 06.30 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.

bendera_td

Fungsi Kor/Rejimen Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri.  Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.  Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran.  Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen  ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :

Kelompok Tempur - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem  tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan.  Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RAMD, RRD, RS dan KAD:

ramd
RAMD
rrd
RRD
rs
RS
kad
KAD
Kelompok Bantuan Tempur - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu   Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RSD, RAJD, RAD,  KPTD dan KRD:

rsd
RSD
rajd
RAJD
rad
RAD
kptd
KPTD

krd
KRD

Kelompok Bantuan Perkhidmatan - Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.  Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti  KJLJD, KPA, KPD, KOD, KKD dan KAGAT:

kjljd
KJLJD
kpa
KPA
kpd
KPD
kod
KOD
kkd
KKD
kagat
KAGAT

Askar Wataniah - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan.  Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

raw
RAW