Thursday, 30 May 2013

CDF Profile

CDF Profile

JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PGAT PSM PJN DHMS SSAP SIMP SPTS SPMP SSTM SPKK DPPN
PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW PAT JMN SDK KMN AMK
ASK Legion of Honour (Phil) AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974.  Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah.  Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu.  Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000.  Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.
Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD.  Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera  (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS).  Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan.  Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.
Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007.  Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.
Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.
Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang dan dikurniakan dua orang anak perempuan.  Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.

No comments:

Post a Comment