Monday, 27 May 2013

PENGIKTIRAFAN

Anugerah Dan Penghargaan

Terdapat beberapa anugerah dan penghargaan yang diberikan oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia kepada seluruh warga TUDM. Anugerah dan penghargaan ini adalah sebagai lambang pengikitirafan TUDM terhadap warga TUDM yang terpilih berdasarkan beberapa kriteria dan penilaian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terpilih. Anugerah ini disampaikan kepada penerima setelah memperhalusi setiap aspek dan pencapaian serta melalui penilaian yang amat teliti bagi memastikan para penerima adalah merupakan yang benar-benar layak. Di antara anugerah dan penghargaan yang diberikan oleh TUDM kepada warganya adalah seperti berikut:


Anugerah Inovasi TUDM

Pertandingan Anugerah Inovasi TUDM sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Kualiti TUDMBermula pada tahun 2010 sejajar dengan seruan Perdana Menteri  agar Anugerah Kualiti ditukar menjadi Anugerah Inovasi, maka Markas Tentera Udara telah memperkenalkan Anugerah Inovasi TUDM.
.

Anugerah Squadron of The Year


Anugerah ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2011. Anugerah ini adalah untuk menggalakkan persaingan yang sihat diantara semua skuadron penerbangan di dalam TUDM didalam usaha ke arah amalan pengurusan yang berkualiti yang pastinya sejajar dengan matlamat dan objektif yang ditekankan didalam pelan transformasi Air Force Next Generation (AF-NG).


Anugerah Air Man of The Year


Anugerah ini merupakan anugerah yang diberikan kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas harian dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Tahap disiplin yang tinggi, patuh kepada arahan pihak atasan serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang tingkah laku adalah kriteria utama kepada penerima anugerah berprestij ini. Anugerah ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
  1. Kategori PW U I dan PW U II
  2. Kategori FSjn dan Sjn U
  3. Kategori Kpl U dan ke bawah.
Penganugerahan ini adalah cetusan idea daripada Panglima Tentera Udara sendiri, dan sesungguhnya pucuk pimpinan TUDM berharap anugerah ini akan dapat menjadi moral booster atau pembakar semangat kepada warga TUDM untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik serta boleh dicontohi oleh anggota yang lain.


Anugerah Terbang Selamat


Anugerah ini diberikan kepada juruterbang sebagai pengiktirafan kepada keupayaan serta kemampuan dalam menerbangkan dan mengendalikan pesawat TUDM tanpa mengalami sebarang kemalangan yang berpunca daripada kesilapan juruterbang itu sendiri (Aircrew Factor)
Bagi melayakkan seseorang juruterbang itu menerima anugerah ini, mereka perlu memenuhi beberapa syarat yang ketat. Diantara syaratnya adalah setiap juruterbang tersebut haruslah menyempurnakan sejumlah jam penerbangan sebagai komander sesebuah pesawat.

No comments:

Post a Comment