Misi PBB |
Malayan Special Forces Congo (UNOC) - Okt 1960
Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekala keamanan dunia. Penghormatan ini diberi kepada Negara selaku Negara keenam belas menghantar tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika, yang sedang bergolak melahirkan kemerdekaannya sendiri. Tentera Darat mewakilkan Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu Diraja, di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin, sebagai batalion yang pertama berkhidmat di Congo dalam tahun 1960. Mereka diikuti oleh Batalion Keenam, Ketujuh dan Kedua. Di samping itu Rejimen Pertama Kor Peninjau serta komponen Kor-Kor lain seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lain-lain memberi sumbangan anggota mereka. Perkhidmatan Tentera Darat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke tanahair pada 28 Apr 1963. Pada 11 Mei 2000 Tentera Darat telah terlibat dalam Misi MONUC (UN Mission in Congo). Namibia (UNTAC) - Feb 89 Misi UNTAC (UN Transitional in Assistance in Namibia) bermula pada Feb 1989 sehingga Apr 1990 yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas dan dikenali sebagai MALBAT. Cambodia (UNAMIC/UNTAC/UNMLT) - Nov 1991 Penglibatan kontijen Malaysia dengan misi ini bermula dari Nov 1991 sehingga Mei 1994. Misi UNAMIC (UN Advance Mission in Cambodia) bermula pada Nov 91 - Mac 92 yang mana penugasan adalah Pegawai Perhubungan dan Misi UNTAC (UN Tansition Authority in Cambodia) pula bermula pada Mac 92 sehingga Nov 92 yang mana penugasan adalah MALBAT I, II dan Staf Markas. UNMLT (UN Military Liaison Officer Team) bermula pada Nov 93 sehingga Mei 94. Somalia (UNOSOM) - Jun 1993 Malaysia menyertai misi UNOSOM dari 1993 hingga 1995. 870 anggota tentera dari 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Batalion ini terlibat dengan misi tempur untuk menyelamat askar Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu pada 3 dan 4 Okt 1993, dimana 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Bosnia Herzegovina UNPROFOR/IFOR/SFOR - 1993 Malaysia mula menyertai Pasukan Pelindung PBB (UNPROFOR) pada bulan Sep 1993. Kumpulan MALBATT dianggotai oleh 23 RAMD dan 3 KAD tempoh tugas dari 2 Sep 1993 sehingga 22 Ogos 1994. Kumpulan MALBATT II (22 Ogos 1994 hingga 27 Mac 1995) dari 5 RAMD dan 2 KAD. Kumpulan MALBATT III (28 Mac 1995 hingga Nov 1995) dari 12 RAMD dan 1 KAD. Bagi Kumpulan IFOR (International Force) MALCON I, II dan III telah bertugas bermula pada Dis 1995 sehingga Jun 1997. Kumpulan SFOR (Stabilization Force) pula iaitu MALCON IV Dan V telah ditugaskan bermula pada Jun 1997 sehingga Jun 1998. Timur Timor (INTERFET/UNTAET) - Sep 1999 Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 30 pegawai dan LLP berganding bahu dengan Multi-national Force (INTERFET), membantu United Nations Mission in East Timor (UNAMET) melaksanakan tugas-tugasnya serta bagi memudahkan pelaksanaan operasi-operasi bantuan kemanusiaan. tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Sep 1999 hingga 1 Feb 2000 (dikenali sebagai MALTEAM). Seterusnya mulai 18 Mei 2000, anggota ATM telah ditugaskan sebagai jurubahasa dibawah misi UNTAET. Ethiopia (UN MEE) - Dis 2000 Misi UN MEE (UN Mission in Eriteria/Ethiopia) bermula pada Dec 2000 sehingga sekarang yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas. Op Khas Timor Leste (MALCON) 2006 Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 36 pegawai dan 302 LLP. Tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Mei 2006 hingga sekarang yang mana misi ini diketuai oleh Kol Ismet Nayan bin Ismail (3001633) |
No comments:
Post a Comment