Tuesday, 28 May 2013

Darurat
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, keselamatan Negara tergugat sekali lagi.  Ancaman kali ini datangnya dari Parti Komunis Malaya yang tidak berpuas hati dengan kembalinya pemerintahan British.  Sebilangan dari ahli-ahli kumpulan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang telah diarahkan oleh pihak British untuk menyerah dan meletakkan senjata setelah Jepun menyerah kalah enggan berbuat demikian.  Sebaliknya mereka  telah mengundurkan diri dan bersembunyi di hutan-hutan dan menghasut rakyat menentang pemerintahan British.  Beberapa kejadian pembunuhan terhadap rakyat serta menyerang dan merosakkan ladang-ladang getah, membakar bas dan kenderaan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini dengan sewenang-wenangnya.  Kerajaan  British terpaksa mengistiharkan keadaan Darurat diseluruh negara pada 8 Jun 1948.

Semasa Darurat diistiharkan Askar Melayu hanya berkekuatan 3 batalion.  Mereka telah berjuang menentang pengganas komunis bersama Tentera British, Komanwel dan pasukan Polis.  Askar Melayu telah diperbesarkan meningkat kepada 7 batalion sehingga tahun 1956.  Dalam jangkamasa yang sama Kor Peninjau (Armor) dan Rejimen Semboyan telah ditubuhkan.   Dengan penubuhan dua pasukan baru ini perkembangan Tentera Darat bertukar corak dengan memberi kesempatan kepada bangsa-bangsa bukan Melayu berganding bahu bersama mempertahankan negara.  Kemudian Rejimen Jurutera ditubuhkan diikuti dengan Kor Polis Tentera.  Dengan bertambahnya anggota Tentera Darat, kejayaan demi kejayaan dalam menghapuskan pengganas komunis telah tercapai.  Akhirnya dalam tahun 1960 Darurat diistiharkan tamat.

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tentera Darat telah berkembang pesat bagi mengisi kekosongan dengan pengunduran Tentera British dan Komanwel.  Sehingga tahun 1961 Rejimen Askar Melayu telah diperbesarkan menjadi 11 batalion.  Disamping itu pasukan bantuan logistic seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan, Kor Kelengkapan dan Kor Jurutera Leterik dan Jentera telah ditubuhkan seterusnya bagi menampung keperluan Tentera Darat yang kian bertambah.  Pasukan-pasukan baru ini telah bersama membenri bantuan kepada pasukan Infantri menghapuskan saki baki pengganas komunis dalam apa jua bentuk perkhidmatan yang diperlukan sesuai dengan pekhidmatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment