Am.
Dasar Pertahanan Negara menggariskan Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengandungi Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Istilah Pasukan Simpanan merujuk kepada Simpanan Angkatan Tetap (SAT) dan Simpanan Sukarela (SS) seperti berikut:
- Simpanan Angkatan Tetap (SAT). Terdiri daripada pegawai dan anggota LLP Angkatan Tetap TUDM yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmatan dan dikehendaki bertugas sebagai anggota Simpanan Angkatan Tetap (SAT) selama 5 tahun dari tarikh bersara atau berhenti daripada perkhidmatan.
- Simpanan Sukarela (SS). Terdiri daripada pegawai dan LLP Angkatan Sukarela TUDM daripada Pegawai PSSTUDM, Pegawai Kadet PALAPES Udara, Perajurit Muda PLAS, Anggota LLP PLAS dan anggota Sukarela Biasa.
Visi PSTU.
Visi PSTU adalah untuk menubuhkan satu pasukan simpanan yang bersedia untuk menambahkan atau membantu kekuatan kuasa udara TUDM semasa peperangan dan konflik dengan berkesan.
Misi PSTU.
Misi PSTU adalah untuk mengaugmentasi Pasukan Tetap TUDM dengan berkesan untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara dan kepentingan dalam masa peperangan atau konflik.
Sejarah Penubuhan PSTU.
Perjawatan Flait 101 pada asalnya diwujudkan pada 24 April 1959 apabila Jawatankuasa Perjawatan telah meluluskannya melalui Mesyuarat Perjawatan ke-26 dengan kekuatan asalnya seramai 15 orang Pegawai TUDM dan 85 orang Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Peranan Flait 101 pada ketika itu hanyalah tertumpu kepada pengurusan keselamatan pangkalan seperti mengawal pintu masuk pangkalan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 1988, Flait 101 telah dipindahkan ke TUDM Alor Setar untuk penubuhan Skuadron Udara Universiti (SUU). Skuadron ini ditubuhkan bagi membolehkan siswa-siswa daripada skuadron ini menjalani latihan penerbangan tetapi memandangkan kekurangan pesawat dan juga kekangan kewangan maka fungsi skuadron tersebut telah dihentikan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengambil langkah mengubahsuai Pasukan Simpanannya yang asal Flait 101 kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU) sejajar dengan keputusan Lembaga Menteri pada 6 Oktober 1993 supaya menguatkuasakan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT). Dengan tertubuhnya PSTU, perkhidmatan TUDM akan menjadi lebih kuat dan mantap kerana PSTU boleh dikerah untuk melaksanakan tugas semasa konflik atau peperangan. Lembaga Menteri telah memutuskan bahawa PSTU ditetapkan dengan nisbah 3 : 1 iaitu 3 Anggota Tetap dan 1 Anggota Simpanan.
Dengan pengubahsuaian PSTU daripada Flait 101 makanya TUDM turut menubuhkan Jabatanarah untuk PSTU di peringkat Markas TUDM secara ‘ad-hoc’ pada 9 Februari 2002 yang bertujuan untuk menangani pelbagai perkara berkaitan dengan PSTU. Keanggotaan JPSTU kini adalah berdasarkan tumpangan dan pinjaman daripada unit-unit lain selain daripada menggunakan perjawatan Flait 101.
Objektif PSTU.
Sebagai unit simpanan, PSTU mempunyai objektif tertentu seperti berikut:
- Untuk menentukan supaya operasi udara TUDM dapat dilaksanakan secara berterusan sewaktu berlaku darurat atau peperangan.
- Untuk mewujudkan kumpulan pekerja yang berkeupayaan dan terlatih dalam penyelenggaraan dan rawatan pesawat TUDM.
- Untuk membantu TUDM dalam memantapkan kemampuannya dalam memenuhi keperluan pertahanan negara.
Peranan PSTU.
Bersesuaian dengan objektif di atas maka tugas yang mampu dilaksanakan oleh PSTU adalah seperti berikut:
- Bersedia untuk diaturgerak dan mengambilalih tanggungjawab Angkatan Tetap TUDM semasa krisis atau darurat.
- Membantu menyelenggara dan merawat pesawat-pesawat TUDM.
- Mengadakan tenaga pengganti kepada Angkatan Tetap TUDM.
- Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan penting di dalam TUDM apabila dikehendaki.
Perkembangan Semasa.
PSTU diwujudkan sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara (DPN) di mana segala sumber tenaga manusia serta lain-lain aset negara perlu digembleng secara menyeluruh melalui konsep Total Defence atau Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Jabatanarah PSTU berperanan di peringkat Markas TUDM di bawah Pengarah Sekretariat untuk melaksanakan tugas staf dan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU) melalui Asisten Ketua Staf Tadbir (AKS Tadbir). Jabatanarah PSTU pula diketuai oleh 1 x Pegawai berpangkat Lt Kol TUDM iaitu Pengarah PSTU serta dibantu oleh 2 x Pegawai berpangkat Mej TUDM iaitu PS 2 Tadbir dan PS 2 Sukarela.
Markas PALAPES Udara terdiri daripada Pegawai dan Anggota LLP dari Angkatan Tetap dan juga Kerahan Sepenuh Masa yang ditempatkan di sembilan (9) buah Markas PALAPES Udara di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :
- Universiti Utara Malaysia (UUM).
- Universiti Sains Malaysia (USM).
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
- Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
- Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Buat masa ini JPSTU mempunyai beberapa buah unit di bawah pentadbirannya dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi keperluan seperti berikut:
- Pegawai Tauliah Kehormat TUDM.
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara.
- Pasukan Latihan Angkatan Simpanan (PLAS) Udara.
- Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) AIROD.
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara.
Pengurusan Latihan
Di dalam mempertingkatkan latihan untuk anggota PSSTUDM seperti Pegawai Kadet PALAPES Udara, PLAS dan PSSTUDM AIROD, JPSTU menggunakan buku Panduan Askar Wataniah MM 15.1.1A TD dalam menguruskan Latihan Asas Ketenteraan kepada anggota-anggota sukarela. Antara latihan yang dijalankan adalah seperti Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan.
Latihan Tempatan.
Anggota Sukarela perlu menjalani Latihan Tempatan sebanyak 240 jam dalam setahun yang diadakan di penempatan masing-masing. Ia merangkumi Latihan Asas Ketenteraan sahaja.
Latihan Berterusan.
Latihan Berterusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak bagi tempoh berterusan 72 jam atau lebih.
- Masa Minimum Untuk Latihan Berterusan. Setiap perancangan untuk Latihan Berterusan hendaklah tidak kurang daripada 72 jam dan pelaksanaannya mestilah berterusan.
- Masa Maksimum Untuk Latihan Berterusan. Masa maksimum untuk Latihan Berterusan bagi seseorang Anggota Sukarela tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
Latihan Kem Tahunan.
Pihak Berkuasa Yang Layak telah membenarkan setiap Pegawai dan Anggota Sukarela menghadiri Latihan Kem Tahunan bagi suatu tempoh yang pada kebiasaannya tidak melebihi tempoh 15 hari dalam setahun. Latihan ini boleh dijalankan sama ada berterusan selama 15 hari atau dipecahkan kepada beberapa sesi atau modul tetapi tidak kurang daripada 72 jam bagi setiap sesi/modul dan jumlah keseluruhan adalah 15 hari dalam setahun.
assalamualaikum,dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang pengambilan pasukan simpanan tentera udara?....sayta berminat untuk menyertainya...saya boleh dihubungi melalui email muslimin.j@hotmail.com
ReplyDelete